kawan-kawan..

Sunday, February 7, 2010

sup ayam ala Thai

salam semua..em tak tau nak tulis pe sebenarnya ni..oklah..jom kita  tgk2 resepi, nak tak?
em dlm koleksi gambar masakan kita ader respi ni..meh kita layan gambar n respinya k..respi ni gak sy penah letak kt My Resepi tu..kuah dia mmg sedap dihirup tau..mengancam gituuu..





Bahan-bahan ( 2 org )


6 ulas bwg merah

3 ulas bwg putih

6 biji cili padi (bergantung pd selera masing2)

seinci halia

2 btg serai

setengah ekor ayam

sekeping asam gelugor

daun kesum secukupnya

air secukupnya (tambah air kalo nk kuah lebih)

garam n perasa

2 bj ubi kentang

Cara-cara :
1.Bwg merah, bwg putih, cili padi, halia dan serai di blender halus.
2.panaskan minyak dan tumiskan bahan blend tadi sehingga naik bau n garing sedikit.
3.Setelah itu, masukkan ayam dan ubi kentang dan biarkan ayam kecut sedikit.
4.Masukkan air untuk kuahnya dan masak sehingga mendidih
5.Masukkan daun kesum, asam gelugor, garam dan perasa secukupnya
6.blehlah dihidangkan dan selamat mencuba
Post a Comment