kawan-kawan..

Monday, January 18, 2010

ayam lemon

Salam semua..
ari ni nak citer apa ek..oh ya, di sebabkan kita suka masak so, dlm blog ni kita akan bg resepi2 yang dah kita masak kt umah k..maklumlah kita ni suka masak n abg plak suka makan, jd selalu la dia req nak makan itu, nak makan ini. Last week, p kt Giant Kuantan, pastuh ternampak la lemon, so..abg req la nak makan lemon chicken. Alamak, kita tak pernah lagi masak lauk tu, camne ek..em internet kan ader..

Balik umah, kita pun search la internet untuk cari resepi lemon chicken..banyak gak ni..tak tau nak pilih resepi yg mana satu..at lastnya, kita ikut resepi tuh skit, respi ni skit, so jd la resepi sendirik..

So, sape2 yg nak cuba resepi dibawah ni bleh la ek..bila dah cuba, bleh la komen..sedap ke tak sedap ke..





LEMON CHICKEN / AYAM LEMON
(Khas untuk dua orang je..hi..hi..)

Bahan2nya :
Untuk perap ayam :
1. 2 belah ayam-bahagian yang skali dgn paha tu..
2. Sedikit garam
3. Sedikit serbuk lada hitam
4. Setengah biji lemon diambil airnya

Semua bhn diatas diperap dlm peti sejuk selama sejam.

Untuk salut dan goreng ayam :
1. 5 sudu besar tepung beras
2. 5 sudu besar tepung gandum
3. 2 biji telur –ambil putih shj
4. ½ sudu garam

Kedua-dua tepung disatukan dan digaul rata. Telur di tmbah garam dan dipukul hingga kembang. Ambil ayam yg diperap td dan celup dlm telur dan salut pula dengan tepung td hingga rata. Goreng dalam minyak yg banyak dengan api sederhana sehingga ayam garing dan perang. Setelah masak angkat dan toskan minyaknya.

Untuk sos lemon:
1. Jus lemon dari stgh biji lemon
2. Parutan kulit lemon
3. Stgh cwn air
4. 3 sudu cuka
5. 2 sudu gula
6. Stgh kiub pati ayam maggi
7. ½ sudu garam
8. Pewarna kuning
9. Bancuhan 2 sudu besar tepung jagung bsm sedikit air

Panaskn sedikit minyak dlm periuk, masukkan parutan kulit lemon. Goreng hingga naik bau dan garing. Masukkan jus lemon, air, cuka, gula, kiub pati ayam, garam dn pewarna kuning. Kacau rata..bila semua sudah sebati, tambah bancuhan tepung jagung dlm sos td..masak hingga pekat.

Cara hidangan:
Ayam dipotong kepada beberapa ketul tetapi jgn sampai putus. Letak atas pinggan. Pastuh curahkan sos lemon td atasnya sehingga rata. Hias dengan tomato atau hirisan lemon.
Selamat mencuba...

No comments: