kawan-kawan..

Sunday, February 7, 2010

Pajeri Kedondong / buah Amra

salam...baru2 ni kita balik kampung la kan..banyak la plak tgk buah kedondong kat umah pastuh suruh abah ambik nak bwak balik kemaman..disebabkan banyak sgt dan dah boring makan 'colek' jd hubby pun request nak suh kita masak pajeri kedondong..alahai..tak penah masak kedondong ni..godek punya godek dlm tenet, jumpalah resepi dari kak hanieliza tu..tq ya kak for the respi..tp kita aderla ubah skit2..he.he..sori tuan punya respi yee..jom kita layan gambar n respinya..diharap sudi mencuba..





Bahan-bahan ( utk dua org )


25 biji buah kedondong @ amra

5 ulas bwg merah

2 ulas bawang putih

stgh inci halia

4 sudu serbuk kari daging

2 sudu besar kerisek

2 sudu besar udang kering (tumbuk halus)

rempah empat sekawan

minyak untuk menumis

2 cwn santan

garam, perasa

5 sudu besar air asam jawa

Cara-cara :
 
1.Buah kedondong dibuang kulit dan direbus separuh masak
2.panaskan minyak, tumiskan rempah 4 sekawan sehingga naik bau, masukkan bwg merah, bwg putih dan halia yang dihiris halus sehingga wangi
3.masukkan rempah kari yang dibancuh dengan air asam jawa dan masukkan udang kering
4.kacau sehingga pecah minyak dan tumisan menjadi garing
5.masukkan santan dan kacau lagi. masukkan juga buah kedondong, garam, perasa dan akhir skali kerisek 6.masak sehingga pekat dan reneh sehingga pecah minyak
7.bleh tambah lada merah untuk hiasan jika suka..
 8.Selamat Mencuba

No comments: