kawan-kawan..

Sunday, February 28, 2010

kuih kacang hijau/ kuih rengas/kuih kasturi


minggu lepas my hubby req nk mkn kueh kacang hijau..kuih ni dipanggil kueh rengas atau kuih kasturi

maklumlah dah jemu duk mkn bubur je kan..pe lagi kita buat la kueh tuh..tak pnah buat pun..godek2 resepi dr kak hanieliza fp n jumpalah..dpt banyak biji gak la..apa lagi suka la tok laki dpt mkn kueh kegemarannya tuu..goreng buat bekfes n ader yg bwk p opis..yg lebihnya simpan dlm peti..bila nk mkn br celup tepung n goreng..best mkn time panas2..keriuk2 bunyinya..rapuh betul..he..he..masa snap gmbr ni sempat lg cik abang p sua tgn dia kt situ..hi..hi..

natrah..

ptg ni tgk teater natrah yang ditayangkan di tv1..entah kenapa tiba2 jd emo la plak..sedih gk la citernya..lama dah teringin nak tgk..nk ke kl semata2 nak tgk teater ni mcm jauh betul..kebetulan plak ader ditayangkan di tv1 ari ni..teringat gk masa muda2 dulu, pnah tgk kisah natrah ni dlm filem ke drama apa ntah..masa tu kecik lagi..tak tau apa..skrg ni br la paham..

alang2 tgk citernya, pe lagi ku godek2 la tenet cr pasal natrah ni..rupa2nya natrah dibesarkan di Kemaman di mana tempat aku menetap skrg ni..rasa mcm tak caye je..tp kisah ni dah lama dah..sebelum merdeka lagi..

tp aku musykil gak..budak2 muda zaman skrg ni tau ke tak pasal natrah ni..kt kemaman ni pun, pekan yg pernah didiami oleh natrah semasa kecilnya dan di sekolah keb chukai merupakan sekolah lamanya masa kecil dulu..aku ni mmg suka pasal sejarah2 ni..lebih2 lagi benda2 yg penting gk dlm sejarah tanah melayu..tentang perjuangan org2 dulu bagi mempertahankan akidah seorang Islam seperti natrah..em minta2 kt muzium kemaman ader citer pasal natrah ni..kalo sekarang ni, dah tak nampak perjuangan yg sebegini rupa..

pe2 pun citer ni mmg terkesan gk di jiwaku yg sentimental ini..al fatihah buat makcik aminah yang pernah menjaga natrah ini..perjuangannya mmg mengagumkan..

dan natrah, hanya Allah yg tahu apa pegangan agamanya sehingga dia menghembuskan nafas terakhir..
 pada NATRAH- may God bless u..aminn..

Thursday, February 18, 2010

spagetti bolognise yummy...

em ari tu ade kita masak spagetti bolognise req dr cik abg laa..sekali skala tukar selera syokk gak kan.spagetti ni kita letak meat ball buat sendirik...layan gambar dulu k..nati bila kita free kita bg respinya k..



Asparagus goreng Berudang..

salam semua..em betapa pemyakit MMMMM datang melanda maka blog pun tak sempat nak di updatekan..maklumla bukan rajin sgt..he..he..

em kita nak letak respi baru ni..respi ni buat lama dah cuma baru nk letak dlm blog..
em layan gambar dulu la ek..






em dulu kita tak reti makan asparagus..maklumla nmpk cm pelik jek  tp masa p shopping,
terjumpa la sayur ni..n then tak tau nak masak camne..godek2 tenet maka jumpalah respi ni..
nak respi ek..sat no..

asparagus goreng berudang

10 batang asparagus (potong n celur sekejap)
10 ekor udang (buang kulit n jgn buang ekornya)
2 ulas bwg besar di cincang halus
2 sudu sos tiram
1 biji tomato dihiris
garam n perasa

cara2nya :
tumiskan bwg putih hingga naik bau..masukkan udang dan kacau sekejap.masukkan sos tiram, grm, perasa.kacau rata. pastu masukkan asparagus dan tomato..kacau jap n angkat dan blehla dimakan..

senang je kan..tak susah pun nk buat ni..dah jd makanan kegemaran kita lak..sedap asparagus ni..plak bila time kunyah n rapuh tu..tak hengat..

Monday, February 8, 2010

kerana..

this lovely song dedicated to my lovely hubby..
thanks for everything..
thanks for being my soul..for being my mate,
for being my best fren..love u much..

kehadiranmu
bagaikan pelangi pagi
yang menyinari hati ini

Kelembutan mu
mencorakkan hidup ini
kerana kasih mu abadi


hebatnya cinta
hingga akhirnya
sampai ke tua
kita berdua...


kerana ku tak mahu
terus hidup tanpa mu
kerana ku tak mampu
bernafas tanpa mu


kerana ku tak mahu
rindukan pelukan mu
kerana tak mampu ku
berjauh dengan mu

penyanyi- bro razzi rahman..tq bro

ceritaku ari ni...

bahagianya melihat orang lain mempunyai anak-anak yang comel2..tp aku..emmm ntahla..mybe bukan rezki kami lagik..bulan 3 ni akan cukupla dua tahun kami melayari kehidupan berumahtangga..bahagia sekali bila bersama suami yang kita sayang..moga2 jodoh kami hingga ke akhir hayat..aminnn...



hidup berumahtangga ni mmg banyak cabarannya..harus kita tempuhi juga walau apa rintangan yang datang..em paling ku tak suka bila org tanya pasal anak..mcm mana la aku nk jwb ni..aku semyum jelah..nasib baik kedua2 belah keluarga tak bising2..mereka faham kot atau tak mau aku terase hati..

emm paling tak best bila ikut majlis dinner yg dianjurkan oleh company abang..masing2 mendukung anak..alahai lemah luluh hati aku melihatnya..rasa cam sedih la plak kan..tp aku tumpang gembira la bila tgk dorg2 ni bahagia..moga satu hari nati ader sinar cahaya cinta untuk aku dan abang..

tp aku tahu ader hikmah disebalik semua ni..moga2 Allah mendengar dan memakbulkan doa yang kami pohon selama ni...aminnn..

Sunday, February 7, 2010

Pajeri Kedondong / buah Amra

salam...baru2 ni kita balik kampung la kan..banyak la plak tgk buah kedondong kat umah pastuh suruh abah ambik nak bwak balik kemaman..disebabkan banyak sgt dan dah boring makan 'colek' jd hubby pun request nak suh kita masak pajeri kedondong..alahai..tak penah masak kedondong ni..godek punya godek dlm tenet, jumpalah resepi dari kak hanieliza tu..tq ya kak for the respi..tp kita aderla ubah skit2..he.he..sori tuan punya respi yee..jom kita layan gambar n respinya..diharap sudi mencuba..





Bahan-bahan ( utk dua org )


25 biji buah kedondong @ amra

5 ulas bwg merah

2 ulas bawang putih

stgh inci halia

4 sudu serbuk kari daging

2 sudu besar kerisek

2 sudu besar udang kering (tumbuk halus)

rempah empat sekawan

minyak untuk menumis

2 cwn santan

garam, perasa

5 sudu besar air asam jawa

Cara-cara :
 
1.Buah kedondong dibuang kulit dan direbus separuh masak
2.panaskan minyak, tumiskan rempah 4 sekawan sehingga naik bau, masukkan bwg merah, bwg putih dan halia yang dihiris halus sehingga wangi
3.masukkan rempah kari yang dibancuh dengan air asam jawa dan masukkan udang kering
4.kacau sehingga pecah minyak dan tumisan menjadi garing
5.masukkan santan dan kacau lagi. masukkan juga buah kedondong, garam, perasa dan akhir skali kerisek 6.masak sehingga pekat dan reneh sehingga pecah minyak
7.bleh tambah lada merah untuk hiasan jika suka..
 8.Selamat Mencuba

sup ayam ala Thai

salam semua..em tak tau nak tulis pe sebenarnya ni..oklah..jom kita  tgk2 resepi, nak tak?
em dlm koleksi gambar masakan kita ader respi ni..meh kita layan gambar n respinya k..respi ni gak sy penah letak kt My Resepi tu..kuah dia mmg sedap dihirup tau..mengancam gituuu..





Bahan-bahan ( 2 org )


6 ulas bwg merah

3 ulas bwg putih

6 biji cili padi (bergantung pd selera masing2)

seinci halia

2 btg serai

setengah ekor ayam

sekeping asam gelugor

daun kesum secukupnya

air secukupnya (tambah air kalo nk kuah lebih)

garam n perasa

2 bj ubi kentang

Cara-cara :
1.Bwg merah, bwg putih, cili padi, halia dan serai di blender halus.
2.panaskan minyak dan tumiskan bahan blend tadi sehingga naik bau n garing sedikit.
3.Setelah itu, masukkan ayam dan ubi kentang dan biarkan ayam kecut sedikit.
4.Masukkan air untuk kuahnya dan masak sehingga mendidih
5.Masukkan daun kesum, asam gelugor, garam dan perasa secukupnya
6.blehlah dihidangkan dan selamat mencuba