Saturday, January 29, 2011

Chocolate Chip Almond Muffin

salam semua..salam pagi sabtu..eh..eh..tengahari dah la..masak pe ari ni? kita tak masak pe2 kot..ptg nanti br nak masak..suami plak kerja..tak balik tghari ni..sambil2 tgk blog, layan fb, tgk tv n sambil2 lipat kain baju yg bertimbun..he..he..malu la plak..hari2 kije tak sempat nak lipat baju..oklah..panjang plak citer ni..nak letak entry terbaru pasal respi muffin ni..muffin ni kita guna respi cikmat gebu yg glemer tu la..mmg mebeless la respi2 die..jom intai2 respi n gmbr yg dah kita buat ni yer..jeng..jeng..jeng....

CHOC CHIPS ALMOND MUFFINS

Bahan-bahan:
BahanA (Diayak)
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk koko
1/2 camca teh garam

BahanB (Dipukul hingga kembang)
2/3 cawan majerin
1 1/3 cawan gula castor
2 biji telur gred A
1 cawan susu segar

Bahan C ( Digaul dengan sedikit tepung)
1/2 cawan choc chips
1/2 cawan kismis
1/2 cawan almond cincang

* Sedikit choc chips dan almond slices utk ditabur atas muffin

Cara-cara :
1. Satukan A dan B. Kacau sebati. Masukkan C, Kacau guna spatula setakat sebati sahaja.
2. Masuk adunan ke acuan muffin 3/4 penuh. Tabur sedikit choc chips dan almond slices.
3. Bakar pada suhu 190 darj cel selama 25min -30min, bergantung kepada oven masing-masing

Friday, January 28, 2011

Makaroni Bakar


salam...ari ni mcm boring plak duk umah..nak kuar cuaca ujan..so nak post jer pe2 yg patut..he..he..ni kita letak respi makaroni..ni dr mak kita punya...selalu mak buat time raya..kita pun buat gak..ni gmbr masa tempahan dari kwn ari tu..sedap makan gn sos pencicah..pe lagi..try la yer..mana tau bleh jd makanan fevret..

MAKARONI BAKAR MALAY STAIL

bhn2 :

2 cwn makaroni - rebus dan toskan
1 bhagian dada ayam-rebus sampai masak dn carik2kan
1 paket rempah kari adabi
4 ulas bwg merah-mayang
2 ulas bwg putih-mayang
1/2 tin susu cair
secawan air
10 bj telur A
garam
daun sup-hiasan
daun bawang-hiasan
cili hidup-hiasan
bwg goreng-hiasan
pencicah atau sos cili

cara2 :

-tumis bwg merah dan bwg putih hingga garing
-masukkan serbuk kari yg telah dibancuh dengan sikit air
-kacau biar rempah masak n masukkan isi ayam yg dicarik
-buh garam n rasa la.ketepikan
-pukul telur hingga rata, masukkan susu cair dan air. masukkan makaroni yg dicelur td.
-masukkan rempah yg dimasak td.
-gaul rata. kalo tak masin, tambah grm skit lg..
-alas acuan 4 segi gn aluminium foil. masukkan adunan tadi..
-api oven 180 'c selama 1 jam setengah
-guna api atas dulu..bila nampak atasnya dah garing, tukar api atas plak
-bila masak, hias gn daun sup, daun sadri n bwg goreng
-selamat mencuba

p/s:
-kalo tak mkn ayam, bleh tukar gn daging
-telur bleh dikurangkan tp ganti gn susu.yg setengah tin tu jdkan satu tin

Petua Membuat Kek

Petua Membuat Kek  
Sumber : Baking Solutions @ BAGUS

Kualiti membuat kek bergantung kepada teknik pembuat kek.
Walaupun bahan-bahan yang digunakan sama tetapi teknik yang berbeza memberikan hasil yang berbeza juga.Ada beberapa kemungkinan yang dapat menjelaskan mengapa kek yang anda buat tidak segebu di kedai kek.

Kek kering
• Penambahan bahan pengembang yang berlebihan sehingga udara terperangkap terlalu banyak dan kek menjadi kering.
• Suhu oven yang kurang panas sehingga kek harus berada di dalam oven terlalu lama.Panaskan dahulu oven pada suhu yang diinginkan sekurang-kurangnya 15-20 minit sebelum kek dibakar, kemudian barulah masukkan kek.

Kek retak atau pecah
• Suhu oven yang terlalu panas.
• Kek diletakkan di rak paling atas oven yang membuat permukaan kek terlalu panas.Letakkan kek di rak bahagian tengah sehingga mendapat oven yang merata.
• Loyang yang dipakai terlalu kecil hingga isi loyang menjadi terlalu penuh

Kek bantat
• Bahan cair yang digunakan lebih banyak dari bahan kering sehingga adunan menjadi terlalu lembik.
• Jumlah bahan pengembang seperti serbuk penaik dan bikarbonat yang digunakan tidak sesuai.Akibatnya kek tidak dapat mengembang sewaktu dibakar.
• Proses pembuatan awal seperti memukul telur dan mentega tidak sebati hingga berwarna putih.Bahan-bahan lain dimasukkan sebelum waktunya.
• Cara mengacau adunan salah atau berlebihan semasa memasukkan tepung.Lakukan pengacauan dengan senduk kayu secara searah dan tidak terlalu lama.Jika memakai mixer,pasang dengan kelajuan rendah sambil kacau sehala.

Kek turun dibahagian tengah
• Dikacau berlebihan sehingga menyebabkan adunan terlalu halus dan menghancurkan udara yang telah terperangkap di dalamnya.
• Penambahan bahan pengembang yang berlebihan.
• Suhu oven yang tidak tepat,kurang panas atau terlalu panas.
• Kek kurang masak.Caranya ialah dengan menusuk lidi di bahagian tengah kek,jika adunan tersebut tidak melekat di lidi,kek sudah masak.Boleh juga dengan cara menekan hujung jari ditengah-tengah kek.Kek yang cukup masak akan naik semula seperti mana anda menekan span.

Petua Kek Cantik dari Chef Wan Sumber : Macam2.com
Menurut Chef Wan, proses membuat kek adalah 'proses tepat' yang bahan-bahannya perlu seimbang antara satu sama lain bagaikan satu rumusan kimia. Malah, memang berlaku proses kimia apabila bahan kek mentah dibakar dan menjadi satu hidangan makanan/manisan yang lazat.
Tidak dapat digambarkan keistimewaan perkataan 'kek' jikalau dibandingkan proses membuat adunan kek manis yang dibakar, disapu inti di tengahnya dan disalut gula aising, yang direka bentuk dengan mudah di sekeliling kek. Keindahan kek ini dapat memberikan kepuasan. Seni memasak kek ada unsur seni reka yang tersendiri. Kek adalah asas struktur, intinya sebagai lepa dan aisingnya sebagai jubin atau pertukangan papan, menjadikannya satu bentuk yang sempurna.
Untuk membuat kek, bahan-bahan asasnya ialah gula, tepung, telur, lelemak... kepelbagaian boleh dicapai dengan menukar rasa, tekstur, rupa dan bentuknya untuk mendapatkan hasil kek yang baik. Berikut Chef Wan telah menurunkan beberapa petua penting dalam seni menyediakan kek.
1.Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resipi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega. Jika terus digunakan dan peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu. Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut. Begitu juga telur. Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan. Ini menggebukan lagi kek itu.

2.Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Bergantung berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun baru dibeli, waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar. Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar. Selalunya 15 minit memanaskannya sudah mencukupi.

3.Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resipi menyatakan sebaliknya.

4.Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, adunkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.

5.Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim.

Membakar kek suatu kerja mudah tetapi apa akan terjadi pada kek apabila ia dikeluarkan dari ketuhar?
Masalah Yang Sering Dihadapi
Jarang sekali kita dapat menentukan kenapa kek tidak menjadi seperti pada gambar resipi. Perlu ingat, semua bahan hendaklah ditimbang dengan betul dan gunakan penimbang serta camca penyukat dan acuan tin yang ditetapkan dalam resipi. Bukan cawan kopi, cawan teh tetapi cawan sukatan metrik. Dan bukan camca teh, camca makan di rumah... tetapi camca sukatan. Apabila kek sedang dibakar, jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar sebelum tiga suku membakar kerana angin yang berlainan hawa akan membuatkan kek mendap di tengahnya. Di bawah disenaraikan masalah lain dan sebabnya.
- Kek Terlalu Lembap dan Leper
•Terlampau banyak cecair.
•Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
•Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
•Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
- Kek Merekah di Atas
•Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar.
•Kekurangan cecair.
•Acuan tin terlalu kecil.
- Kek yang Mendap di Tengahnya
•Ukuran acuan tin tidak betul.
•Sukatan bahan tidak tepat.
•Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.
•Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.

Semoga petua kat atas dapat menambah ilmu kita semua..

ORIGINAL LAYER CAKE


ok, ni nak bg respi kek lapis yg penah kita belajar kt kelas masakan dulu..original layer cake..chef Tang yg ajar.ader 3 respi yg die ajar..cheese brownis kukus, kek aiskrin n kek lapis ni...mmg sedap la..balik umah terus kita try buat..mencabar gak buatnya..tp alhamdulillah jd gak..tak manis sgt..sedng2 jer..pe lagi sape2 nak try, blehla mencuba yer.. 

bhn2 :

bahan A:

-250 g mentega bergaram
-150 g susu pekat

bahan B :

- 120 g tepung gandum (superfine)
- 180 g gula castor
- 5 g serbuk kulit kayu manis
- 11 bj kuning telur gred A
- 3 biji telur
-1/2 sudu besar ovellete

cara2nya :
Bhn A :
- pukul mentega hingga kembang. pukul high speed selama 4 minit
-masukkan susu pekat dan pukul lagi hingga putih.
-ketepikan

Bhn B:
-telur kuning, telur, gula dan ovellete dipukul dengan high speed seketika jer.
-masukkan tepung superfine dan putar lagi dengan high speed hingga kembang.
-masukkan serbuk kulit kayu manis.putar rata.

- campurkan bhn A ke dalam bhn B
-putar lagi..masa ni guna medium speed sehingga bertanduk
- gaul dengan senduk kayu plak k..sehingga adunan nampak lembut jer turun dari senduk
- guna loyang 8 inci yg empat segi. letak kertas di bawah loyang sahaja.
-letak sedikit dahulu dan ratakan dengan belakang sudu. bakar dengan suhu 220 'C guna steam bake tau..guna api atas sahaja
- bakar selama 8 minit atau nak tau die masak akan ader gelembung atasnya.
-pastu keluarkan dr oven, masukkan lagi selapis demi selapis. buat hingga habis. biasenya makan mase 2 jam utk habis.
- bila dah banyak lapis, cucuk dengan lidi supaya lapisan takkakn terpisah antara satu sama lain.
-utk lapisan terakhir, bakar seperti biase, takyah steam bake dah..n turunkan suhu oven jd 200'C.
- em hati2 yer takut terhangus plak..kena concentrate buat ni jer..

selamat mencuba.

p/s : sorilah kek ni tak cantik sangat..ader yg terhangus..pe2 pun mmg bestla..
        kalo tak paham tanya k..

TQ banyak2 Chef Tang

salam alll....epi new yar..

assalamualaikum..

em lama dah tak tgk blog ni..tak sempat la nak mengarang..selalu duk kt fb jer..sihat ke semua?

lama tak post kt blog ni..em jap lagi kita post respi yer..

pe2 pun tak terlewat lagi rasanya nak ucap selamat tahun baru..2011..moga tahun ni memberi seribu kejayaan buat kita semua..peace no war!!

Kuala Lumpur

Lawa tak ni? langsung dr opis ku..heheh..ari2 dpt tgk menara berkembar..kl tower..hemm..begitulah..hidup di kota metripolitan yang serba sib...