kawan-kawan..

Wednesday, September 15, 2010

biskut rayer



ni lah biskut raya kegemaranku..my homemade ni..mmg gebu sgt2..jem nenas pun buat sendiri..mmg puas hati la makan..kena guna mentega yg best baru la terasa kesedapannya..nak respi tak? nati kita bagi yer..kalo tak silap respi dr mat gebu yg glemer tu la..tq abe mat gebu..


Tart Nenas mat gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram mentega berkualiti tinggi (lagi mahal lg sedapp)
400 gram tepung gandum*
40 gram tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
50 gram gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Inti nenas secukupnya, digentel sebesar duit 5 sen
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)
 

-Putar mentega dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. gaul hingga rata.  
-Isi sedikit doh tadi dalam acuan tekan yang dipasang muncung tat gulung. Picit panjang hingga habis. Letak inti tadi dan gulung kemas2. Alih ke dalam dulang pembakar, buat hingga siap. 
-Sapu kuning telur atas tat gulung tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan tat dari oven dan biar 2-3 minit dalam loyang pembakar.
-Alih atas jaringan dan biar sejuk, simpan dalam bekas kedap udara. 
-Hati2 yer sbb tart ni lembut..jangan main kasar2 yer nanti hancuss..


Jem Nenas

2 bj nenas masak yg sederhana besar (parut halus dn tapis airnya)
secawan gula
bunga cengkih 2 bj
daun pandan 2 helai
1 btg kulit kayu manis
secubit garam
sedikit perahan air limau nipis

-air nenas yg telah ditoskan td dimasak sehingga separuh..masukkan isi nenas parut dan kacau sampai likat.
-masukkan gula, daun pandan, bunga cengkih, garam, kulit kayu manis dan air limau nipis
- masak sampai kering tp jangan kering sgt..bg nampak basah2 skit
-sejukkan dan gentel2 untuk buh dlm tart nenas..

SELAMAT MENCUBA

No comments: